Kelas Enterpreneur & Advokasi (Maklumat Palsu)

27 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Enterpreneur (Facebook) dan Advokasi (Maklumat Palsu). Objektif kelas petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Maklumat Palsu dan Enterpreneur (Facebook). Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Enterpreneur sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Maklumat Palsu. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.

Manakala dalam Kelas Enterpreneur, peserta-peserta diajak untuk melihat Marketplace dalam Facebook. Disini kami bersama-sama menjelajahi Marketplace dari Browse, Group, Store, Buying, Selling serta kategori produk yang dipasarkan secara online menggunakan Facebook.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Enterpreneur peserta dapat mengetahui bagaimana berlansungnya jualan online dalam Facebook. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri Kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan.

# Tiada Jalan Mudah!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali